Aspek kepenggunaan Buku_elektronik

Kelebihan

E-buku mempunyai banyak kelebihan yang memberikan kemudahan kepada pembaca-pembaca untuk membawa ke merata tempat e-buku ini tanpa beban yang berat. Komponen ia yang terdiri daripada data elektronik semata-mata mengurangkan saiz dan berat e-buku menjadi jauh lebih ringan berbanding buku cetakan yang ada di pasaran. Sekiranya satu e-buku mempunyai saiz 7 MB, kira-kira 100 e-buku boleh disimpan dalam satu CD. Teks dalam e-buku juga boleh dicari dengan mudah, atau dirujuk silang menggunakan hyperlink. Ini menjadikan format e-buku yang menarik untuk kamus, buku rujukan dan sesetengah buku teks.

Kelemahan

Fail buku elektronik memerlukan perkakasan tambahan agar kandungannya dapat dibaca langsung, terutamanya peranti pemaparan elektronik serta bekalan elektrik yang mungkin memakan kos mahal. Tambahan lagi, kebanyakan e-buku memerlukan aturcara paparan khas yang mungkin tidak tersedia secara mudah atau serasi dengan peranti komputer kini. Kebergantungan e-buku kepada perkakasan lain untuk dibaca mendedahkan ia kepada risiko terjejas disebabkan kegagalan perkakasan perkakasan atau perisian, seperti kegagalan cakera keras atau serangan virus. Teknik pengurusan hak digital boleh digunakan bagi mengehadkan kepenggunaan buku oleh si pemilik sehingga tidak mungkin mengalih hak e-buku kepada orang lain tidak sepertimana buku fizikal boleh dikongsikan dengan sesiapapun. Sesetengahnya pula menghubungi pelayan asal bagi menjejak pembaca dan tabiat membaca, atau menghadkan pecetakan.

Peranti e-buku masih menawarkan pengalaman membaca yang kurang berbanding buku fizikal; resolusi skrin dan kontras antara teks dengan latar belakang paparan cenderung lebih rendah berbanding kertas terutamanya jika digunakan dalam persekitaran disinari cahaya terik matahari. Kebanyakan pembaca juga lebih gemari tekstur kertas disentuh yang dianggap lebih memudahkan berbanding skrin komputer.

Dari sudut pandangan penerbit, e-buku boleh digodam atau dileraikan tanpa kebenaran penerbit atau pengarang dengan mudahnyal; hal ini menyebabkan dokumen yang tidak dilindungi berisiko disalin sejumlah salinan sempurna tanpa had.